Sunday, November 16, 2014

selembut hati manusia

Assalamualaikum,

bicara ku ini hanya sekadar sebuah ucapan,
untuk melewati hari-hari yang dipenuhi pelbagai dugaan,
selembut hati manusia pasti ada kekerasan,
sabar untuk memujuk hati yang dilimpahi iman,
kepadamu la Allah ku memanjatkan doa,
moga kasih dan Rahmatmu sentiasa mengiringi diri ini..

Oh bulan yang terang menerangi bumi,
tika malam tika gelap gelita,
apakah masih ada hari esok untuk ku teruskan hidup,
syukur ku sentiasa waktu untuk mencari harta,
ku tahu bahawa Allah yang maha memberi rezeki,
kepada yang usaha pasti akan menerima..


jangan sedih tika kau keseorangan,
ketahuilah bahawa Allah pasti disisi,
minta la padanya jangan leka jangan segan,
kerana dirimu insan istimewa tatkala ini,
gembirakanlah hatimu yang ditimpa ujian,
dengan solat dengan hati yang ikhlas..

sekian daripada Akidah Hamzah91..love ualsss ;)

No comments:

Post a Comment