Wednesday, June 8, 2016

syukuri nikmat Tuhan~

Assalamualaikum

                      Bismilah.. dengan nama Allah Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang. Segala puji bagi Allah yang mentadbir segala yang ada di muka bumi dengan ketentuannya. Jika Tuhan berkata 'jadilah' maka 'jadilah' ia dengan sendirinya di atas segala kekuasaanya.Ku syukuri dengan segala nikmat yang telah diberikan olehnya. Ku akui tiada daya bagiku untuk menempuh segala ujian dan cabaran tetapi ku memikirkan telah pelbagai nikmat Tuhan berikan padaku maka  betapa bahagia telah ku rasakan.Dalam surah ar-Rahman ada mengatakan yang bermaksud "nikmat Tuhan mana lagi hendak engkau dustakan".
                  Jangan berdukacita jika engkau dalam kesusahan kerana Tuhan pasti ada untukmu. Hanya dengan doa senjata kita sebagai orang yang beriman kepadanya. Cepat atau lambat doa dikabulkan itu atas urusannya. Ada sebab mengapa apa yang kita pinta cepat atau lamba tdikabulkan  kerana ianya untuk kebaikan kita juga. Cuba untuk menjadi hambanya yang terbaik dan mendapat rahmat dan kasih sayang darinya. Itu sudah memadai bagi kita untuk menggapai syurga yang telah dijanjikan olehnya.

Image result for hidayah wallpaper
Ku Mohon petunjuk dan hidayahmu Ya ALLAH.


P/S: jadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai role model untuk menuju Tuhan yang Esa.