Monday, September 12, 2016

jiwa yang tenang itu indah.

Assalamualaikum
5 TIPS AGAR JIWA TABAH MENGHADAPI UJIAN YANG MENDATANG

1. DUNIA INI SEMENTARA, ALLAH PENENTU SEGALANYA
Sentiasa menyedari bahawa hidup di dunia ini hanya lah sementara dan permainan sahaja. Kita hidup atas dunia ini hanya sekali, jadi kita tidak boleh mensia-siakannya dengan sesuatu yang tidak bermakna.Ikhtiar yang disertai dengan niat yang sempurna itulah yang perlu ada. Perkara apapun yang terjadi, kita patut serahkan sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Tahu agar menentukan yang terbaik buat kita. Kita harus sedar betul bahawa, yang terbaik bagi kita menurut pandangan kita, belum tentu terbaik bagi kita menurut Allah Ta’ ala. Pengetahuan kita tentang diri kita atau tentang apapun amat terbatas. Sedangkan pengetahuan Allah menyeliputi segala-galanya. Sehingga betapa pun kita sangat menginginkan sesuatu, tetapi hati kita harus kita persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tak sesuai dengan harapan kita. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagi kita. Ingatlah bahawa, ALLAH itu Maha Adil lagi Bijaksana. 

2. REDHA
Realiti hidup yang terjadi pada kita, kita kena terima dengan redha dan seadanya. Itulah kenyataan dan episod hidup yang harus kita jalani. Emosional, sakit hati, tertekan, atau apa jua perkara yang membuat hati kita menjadi kecewa dan sengsara, harus kita tinggalkan. Ingatlah bahawa, samaada kita tertekan dan tidak gembira, atau kita tidak tertekan dan gembira, ia tetap begitu jadinya.Maka adalah lebih baik kita redha dan terima apa yang berlaku dengan berlapang dada dan hati yang terbuka. Perit kita telan, manis pun kita telan. Nikmatilah pahit manis itu seadanya. 

3. INGAT JANJI ALLAH
Meyakini bahawa hidup ini bagai siang dan malam yang pasti silih berganti. Tak mungkin siang terus menerus dan tak mungkin juga malam terus menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya begitulah masalah yang menimpa kita, pasti ada akhirnya. Kita harus sangat sabar menghadapinya. Ujian yang diturunkan Allah kepada kita, pasti sudah ditetapkan dengan penuh keadilan. Tak mungkin ujian yang menimpa itu, melampaui batas kemampuan kita. Kerana Allah tak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Ingatlah bahawa, semua fikiran negatif dan emosi buruk kita hanya akan mempersulitkan dan menyengsarakan diri kita saja. Pujuklah hati, agar kita tidak menekan diri sendiri. Hati dan fikiran kita dipujuk agar tetap tenang, tabah dan sabar. Kita harus berani menghadapi masalah ujian demi ujian. Kita tak boleh lari dari kenyataan. Kerana lari nya kita itu tak akan menyelesaikan masalah. Bahkan ia sebaliknya hanya akan menambah permasalahan.Jadi, semua yang berlaku harus kita hadapi dengan baik. Kita tak boleh menyerah mudah, kita tak boleh kalah menyerah. Pastinya segala sesuatu itu ada akhirnya. Begitu jualah permasalahan yang kita hadapi. Seberat manapun ujian Allah pada kita, yakinlah dengan janji Allah Ta’ ala : “Fa innama’al usri yusran, inna ma’al usri yusran”. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan, dan bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Janji Allah itu pasti benar. Kerana itu, apalah guna kita menekan diri. 

 4. PASTI ADA HIKMAH 
Semua apa yang terjadi, samaada baik atau buruk, terjadi adalah dengan izin dan kehendak Allah Ta’ ala. Dan pastinya Allah tak mungkin berbuat sesuatu dengan sia-sia.Setiap sesuatu perkara itu, pasti ada hikmah disebaliknya. Sepahit mana pun derita yang kita tanggung, pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya jika kita terima dan hadapi dengan sabar dan redha. Cuba kita renung dan fikirkan, kenapa Allah mentakdirkan semua ini menimpa kita. Setidak-tidaknya ia adalah sebagai peringatan atas dosa-dosa dan kelalaian yang kita telah lakukan. Atau mungkin Allah mahu naikkan darjat dan kedudukan kita di sisi Nya.Mungkin agak sukar untuk kita sedar kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan. Namun, iktibar dari setiap ujian yang menimpa sebenarnya mencerminkan amalan dan tingkah laku yang kita lakukan. Tak usah takut atau bimbang menerima kekurangan dan kesilapan yang kita telah lakukan. Yang penting, kita mesti berazam sungguh-sungguh untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Muhasabahlah diri, bertaubat atas dosa dan mohonlah hidayah dan kekuatan daripadaNya.

 5. ALLAH SAJA PENOLONG KITA 
Kita wajib meyakini bahawa, walau seluruh manusia, jin dan semua makhluk atas dunia ini bergabung untuk menolong kita sekalipun, ketetapan Allah tetap akan berlaku. Semua usaha pasti tidak akan membuahkan hasil tanpa izin Allah Ta’ala. Hati kita mesti bulat yakin sepenuhnya bahwa hanya Allah lah satu-satunya yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik daripada sebarang perkara yang terjadi. Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya. Dialah pemilik dan penguasa segala sesuatu. Dialah yang mengatur segala-galanya.Maka, kita harus bermunajat dan berusaha menagih simpati daripadaNya agar menolong kita. Mengadu dan dekatilah Allah dengan membuat amalan yang disukaiNya. Pohonlah hidayah, kekuatan dan pertolongan daripadaNya. Bebaskan hati dan diri kita daripada mengharap pada makhluk dan selain daripada Allah. Tagih dan pintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Ingatlah firman Allah Ta’ ala yang bermaksud “ Barang siapa bertakwal kepada Allah, nescaya akan diberi jalan keluar dari setiap urusannya dan diberi rezeki dari arah yang tak disangka-sangka, dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya akan dicukupi segala keperluannya.”(QS [65] : 2-3)

 Akhir kata, aku doakan semoga dikau tabah menghadapi dugaan dan ujian hidup yang sementara ini. Jaga lah hubungan dengan Allah. Buatlah segala apa yang diperintahkanNya. Dan tinggalkanlah semua laranganNya. Semoga dikau beroleh petunjuk dan diberi kekuatan oleh Allah dalam mengharungi hari-hari mendatang. All the best! Kepada semua pembaca , saya juga mendoakan agar anda semua diberkati dan dirahmati oleh Allah Ta’ala. Semoga hidup kita aman bahagia dan ceria selalu. 

Wednesday, June 8, 2016

syukuri nikmat Tuhan~

Assalamualaikum

                      Bismilah.. dengan nama Allah Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang. Segala puji bagi Allah yang mentadbir segala yang ada di muka bumi dengan ketentuannya. Jika Tuhan berkata 'jadilah' maka 'jadilah' ia dengan sendirinya di atas segala kekuasaanya.Ku syukuri dengan segala nikmat yang telah diberikan olehnya. Ku akui tiada daya bagiku untuk menempuh segala ujian dan cabaran tetapi ku memikirkan telah pelbagai nikmat Tuhan berikan padaku maka  betapa bahagia telah ku rasakan.Dalam surah ar-Rahman ada mengatakan yang bermaksud "nikmat Tuhan mana lagi hendak engkau dustakan".
                  Jangan berdukacita jika engkau dalam kesusahan kerana Tuhan pasti ada untukmu. Hanya dengan doa senjata kita sebagai orang yang beriman kepadanya. Cepat atau lambat doa dikabulkan itu atas urusannya. Ada sebab mengapa apa yang kita pinta cepat atau lamba tdikabulkan  kerana ianya untuk kebaikan kita juga. Cuba untuk menjadi hambanya yang terbaik dan mendapat rahmat dan kasih sayang darinya. Itu sudah memadai bagi kita untuk menggapai syurga yang telah dijanjikan olehnya.

Image result for hidayah wallpaper
Ku Mohon petunjuk dan hidayahmu Ya ALLAH.


P/S: jadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai role model untuk menuju Tuhan yang Esa. 




Tuesday, December 29, 2015

2016 countdown

ASSALAMUALAIKUM


apa khabar anda semua? harap sihat hendaknya..bersyukur ke hadrat Allah kerana kita masih dihidupkan dan dikurniakan nikmat yg tidak terhingga oleh Allah..dalam masa beberapa hari je lagi kita akan menyambut tahun baru 2016..banyak pahit manis telah kita rasakan sepanjang tahun 2015..masuk saje tahun 2016 maka bertambah la usia kita yang semakin hari akan dimamah usia..moga pada tahun 2016 ni azam kita akan lebih bermakna untuk kita semaikan dalam tahun 2016 ini..AAMINNN~




p/s: countdown dengan berhemah bukan dengan suka ria :)

Saturday, January 17, 2015

SAHABAT








Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati


Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati


Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu

Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi


Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami


Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati






p/s: sahabat itu satu perjuangan..kalau sahabat yang baik maka baiklah perjuangannya..jangan salah pilih sahabat..;)

Tuesday, November 18, 2014

kisah hati

Asslamualaikum

pagi yang indah menyelebungi hari yang dipenuhi kekalutan hatiku..aku cuba untuk bangkit tetapi hati berkata sebaliknya..huh apakah perasaan ini?? hanya Tuhan sahaja mengerti..aku tidak pasti apakah aku harus teruskan jua kerana aku tahu aku tidak kuat..Sama ada ianya kebetulan aku tidak tahu..Biarlah ianya berlalu pergi tanpa perasaan yang tidak keruan..

usaha tangga kejayaan..itulah prinsip yang aku harus pegang selamanya..semangat itu lah yang aku harus pegang kerana tanpa usaha kejayaan itu tidak akan datang..aku cuba untuk tersenyum tapi entah mengapa ia tidak keluar..adakah ianya perasaan yang pendam..senyum dan terus senyum..:)

malam terus hadir tanpa aku pinta kerana ianya kehendak Tuhan..apakah mimpi akan hadir??..bahagia atau duka akan aku tempuh..aku harap ianya bahagia untuk esok hari..esok akan tiba dan sudah menjadi kebiasaan untuk aku melupakan semua yang tidak ingin aku ingati di pagi hari esoknya..senyumlah dan pasti engkau akan lupakan semuanya walaupun ada terpalit perasaan pahit dan duka di dalam hatimu...doa sentiasa dan ianya adalah senjata engkau untuk engkau minta apa sahaja pada Tuhan..lihatlah ada yang lebih teruk daripada apa yang engkau lalui..Tuhan cuma minta untuk engkau sabar kerana dengan sabar pasti ada bahagia..minta Restu ibu dan bapa pasti akan bahagia menjadi milikmu..-.-


p/s:hasil nukilan ini sekadar cuba tidak ada kena mengena dengan hidup atau pun mati..ok selamat untuk semua..wassalam..;)


Sunday, November 16, 2014

selembut hati manusia

Assalamualaikum,

bicara ku ini hanya sekadar sebuah ucapan,
untuk melewati hari-hari yang dipenuhi pelbagai dugaan,
selembut hati manusia pasti ada kekerasan,
sabar untuk memujuk hati yang dilimpahi iman,
kepadamu la Allah ku memanjatkan doa,
moga kasih dan Rahmatmu sentiasa mengiringi diri ini..

Oh bulan yang terang menerangi bumi,
tika malam tika gelap gelita,
apakah masih ada hari esok untuk ku teruskan hidup,
syukur ku sentiasa waktu untuk mencari harta,
ku tahu bahawa Allah yang maha memberi rezeki,
kepada yang usaha pasti akan menerima..


jangan sedih tika kau keseorangan,
ketahuilah bahawa Allah pasti disisi,
minta la padanya jangan leka jangan segan,
kerana dirimu insan istimewa tatkala ini,
gembirakanlah hatimu yang ditimpa ujian,
dengan solat dengan hati yang ikhlas..

sekian daripada Akidah Hamzah91..love ualsss ;)