Tuesday, November 18, 2014

kisah hati

Asslamualaikum

pagi yang indah menyelebungi hari yang dipenuhi kekalutan hatiku..aku cuba untuk bangkit tetapi hati berkata sebaliknya..huh apakah perasaan ini?? hanya Tuhan sahaja mengerti..aku tidak pasti apakah aku harus teruskan jua kerana aku tahu aku tidak kuat..Sama ada ianya kebetulan aku tidak tahu..Biarlah ianya berlalu pergi tanpa perasaan yang tidak keruan..

usaha tangga kejayaan..itulah prinsip yang aku harus pegang selamanya..semangat itu lah yang aku harus pegang kerana tanpa usaha kejayaan itu tidak akan datang..aku cuba untuk tersenyum tapi entah mengapa ia tidak keluar..adakah ianya perasaan yang pendam..senyum dan terus senyum..:)

malam terus hadir tanpa aku pinta kerana ianya kehendak Tuhan..apakah mimpi akan hadir??..bahagia atau duka akan aku tempuh..aku harap ianya bahagia untuk esok hari..esok akan tiba dan sudah menjadi kebiasaan untuk aku melupakan semua yang tidak ingin aku ingati di pagi hari esoknya..senyumlah dan pasti engkau akan lupakan semuanya walaupun ada terpalit perasaan pahit dan duka di dalam hatimu...doa sentiasa dan ianya adalah senjata engkau untuk engkau minta apa sahaja pada Tuhan..lihatlah ada yang lebih teruk daripada apa yang engkau lalui..Tuhan cuma minta untuk engkau sabar kerana dengan sabar pasti ada bahagia..minta Restu ibu dan bapa pasti akan bahagia menjadi milikmu..-.-


p/s:hasil nukilan ini sekadar cuba tidak ada kena mengena dengan hidup atau pun mati..ok selamat untuk semua..wassalam..;)


No comments:

Post a Comment